Salah satu cerpen saya yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Sasterawan Negara, Muhammad Hj. Salleh dimuatkan dalam antologi "Sea of Rainbows". Edisi onlinenya boleh dibaca di sini:
Thursday, March 7, 2013
Bintang
"Bintang Selamatkan Tandek" merupakan nama bagi blog ini. Siapakah "bintang" itu? Bintang itu tidak lain dan tidak bukan rakyat itu sendiri. Rakyatlah yang menyelamatkan Tandek.
2. Rakyat harus bersatu untuk memastikan kemenangan yang bermaruah. Tandek harus menikmati urus tadbir yang cekap dan berkesan, rakyat pelbagai lapisan berintegriti, serta berdaya saing, sesuai hasrat kita maju ke hadapan dengan penuh progresif, adil, dan seimbang.
3. Begitu saya melangkah, setiap detik rakyat berada di hati sanubari. Ini bukan kata-kata penyedap telinga. Ini bukan kata-kata pengindah jiwa. Ia kata-kata bermaruah dan beradab.
4. Perjuangan, kata orang memerlukan pengorbanan. Apakah buktinya? Bukti itu bukan sekadar permainan kata-kata. Bukti harus nyata dari tindakan.
5. Maka, dengan rendah hati, saya korbankan kepentingan diri saya dan keluarga untuk mendepani perjalanan hidup baru bersama rakyat jelata. Saya korbankan kerjaya saya sebagai guru di sekolah untuk menjadi guru dalam institusi rakyat yang lebih besar. Saya sedar ini bukan mudah, lebih-lebih lagi, saya bukanlah orang yang berada. Tiada harta. Segalanya, pasti, bukan mudah. Tiada tetapi tiada satu pun yang mudah sebelum ia dilakukan dengan tabah.
Rakyat Tandek ialah bintang. Kitalah bintang. Kitalah bintang-bintang yang bergemerlapan di mana pun kita berada. Maka berperananlah kita hendaknya.

Berimpak
1. DILAHIRKAN dalam keluarga petani sara diri, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, pada 25 Ogos 1967 di Kg. Longob, Kota Marudu, Sabah. Memulakan pendidikan rendah di SK Masalog, Kota Marudu ketika berumur 10 tahun dan hanya sempat bersekolah tiga tahun kerana umur sudah lanjut ketika memulakan persekolahan.
2. Saya mendapat kemalangan jalan raya pada Ogos 1981, ketika saya berumur 14 tahun, yang mengakibatkan kaki kiri saya diamputasi. Tuhan mengasihi saya kerana kemalangan ini tidak mengorbankan saya sekalipun kini sudah bergelar Orang Kelainan Upaya (OKU). Kekurangan fizikal tidak mematahkan semangat saya untuk terus berusaha demi membawa impak dan perubahan kepada diri, keluarga, komuniti, negeri, dan negara pada keseluruhannya. Dengan pelbagai kepayahan untuk meneruskan pelajaran, komitmen untuk berubah dan berjaya diusahakan dengan tabah.
3. Saya meyakini bahawa kuasa Tuhan tidak pernah terbatas. Yang kelihatan mustahil bagi manusia, tidak mustahil bagi Tuhan. Ramai yang skeptical dengan keadaan dan kebolehan saya kerana memandang hanya pada kekurangan fizikal saya semata-mata ekoran kemalangan itu. Ditukarkan-Nya kemalangan menjadi kemenangan bagi insan seperti saya.
4. Pendidikan menengah saya di SMK Kota Marudu (1980 hingga 1984) dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, kemudian ke SMK Arshad, Kota Belud pada tahun 1985-86 dalam Tingkatan 6 Rendah dan Atas.
5. Saya berjaya melanjutkan pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam (BPA (Hons)) pada tahun 1987 di Universiti Utara Malaysia, Kedah atas tajaan biasiswa Yayasan Sabah, yang ketika itu diketuai oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, sebagai Pengarah. Saya berjaya menamatkan pengajian ijazah pertama saya pada tahun 1991.
6. Saya memulakan kerjaya saya dalam bidang pendidikan pada Mac 1992 sebagai Guru Sandaran Siswazah Tidak Terlatih (GSTT) di SMK Kota Marudu dan berlanjutan sehingga Mei 1995. Dengan minat yang mendalam dalam profesion keguruan, akhirnya saya mengambil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Maktab Perguruan Gaya pada 1995/96 dalam bidang Pengajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
7. Saya ditempatkan semula bertugas di SMK Kota Marudu pada 1 Ogos 1996 selepas tamat pengajian ikhtisas itu. Mengajar adalah kurnia saya. Selain memberikan motivasi dan dorongan, saya menggunakan potensi lain pada saya untuk membangun komuniti, iaitu saya mengasah bakat saya sebagai penulis. Saya menghasilkan buku-buku motivasi, novel, cerpen, puisi, dan esei-esei kritikan. Karya-karya saya diterbitkan di pelbagai majalah, surat khabar, dan buku. Beberapa karya (cerpen) saya diterjemahkan ke bahasa Inggeris.
8. Atas inisiatif berterusan, bahawa pembelajaran itu bersifat sepanjang hayat, sambil bekerja, saya mengambil ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Pendidikan di Universiti Malaysia Sabah dan tamat pada tahun 2002. Pengajian ini dibiayai sendiri hasil daripada pinjaman bank. Inisiatif itu pula berterusan sehingga melanjutkan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran falsafah dalam bidang Pendidikan di Universiti Malaysia Sabah. Namun, dengan pelbagai hambatan, saya terpaksa menangguhkan pengajian. Mudah-mudahan ini akan dapat diteruskan kelak, selagi nyawa di kandung badan.
9. Saya dipindahkan bertugas ke Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Sabah sebagai Penolong Pengarah pada 1 Mei 2002. Kemudian selepas hampir 8 tahun di Sektor Pengurusan Akademik, saya bertukar ke Sektor Jaminan Kualiti pada 16 April 2010.
10. Ibarat sirih kembali ke gagang, saya kembali bertugas di sekolah, iaitu di SMK Bengkongan, Kota Marudu pada 1 Mac 2012 sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Pada malam 1 Mac 2012 (Pukul 12.50 Pagi), sekali lagi saya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tuaran - Kota Kinabalu. Jika bukan kerana kasih Tuhan, Yang Maha Kuasa, pasti saya terkorban dalam kemalangan tersebut. Saya yakin, Tuhan, pasti mempunyai rencana yang indah kepada saya untuk lebih berimpak.
11. Saya mengakhiri perkhidmatan saya di SMK Bengkongan, Kota Marudu apabila meletakkan jawatan 24 jam berkuat kuasa 1 Mac 2013.
12. Saya sudah berkeluarga dan dikurniai empat orang anak (3 lelaki dan seorang perempuan).
Cukup dahulu pengenalan diri saya.

Agenda Borneo
Berikut ini saya nyatakan 7 Agenda Borneo yang diperjuangkan:
Agenda Borneo No. 1: Menuntut supaya Kerajaan Persekutuan mewujudkan
"mekanisme mematuhi Perjanjian Malaysia 1963" dibentuk melalui
Kementerian atau Perbadanan untuk mencapai matlamat dan tuntutan utama seperti
yang terkandung di dalam Perkara VIII Perjanjian Malaysia 1963; serta
memulihkan status rakan kongsi negeri Sabah dan Sarawak setaraf dengan Malaya
di dalam Persekutuan termasuk hak-hak dan hak-hak istimewa dan peranan Sabah
dan Sarawak dalam kuasa kewarganegaraan, kuasa pendaftaran dan kuasa imigrasi;
Agenda Borneo No. 2: Menuntut supaya formula pengagihan hasil yang
seimbang dan adil termasuk mengkaji semula peratus hasil daripada minyak mentah
dan juga penempatan perwakilan yang lebih adil dalam Parlimen/Kabinet
Persekutuan/Perundangan dan perkhidmatan tadbir dan diplomatik;
Agenda Borneo No. 3: Menuntut supaya dihormati pelaksanaan hak-hak
penduduk asli (Native Rights) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan;
Agenda Borneo No. 4: Menuntut supaya Dasar Cabotaj/Pengangkutan/Perdagangan
yang mempunyai impak negatif ke atas negeri-negeri Borneo, dimansuhkan;
Agenda Borneo No. 5: Menuntut supaya fokus pembangunan ekonomi dialihkan
supaya lebih menjurus kepada Sabah dan Sarawak termasuk mengurangkan jurang
ekonomi dan digital di antara Malaya dan negeri-negeri Borneo Sabah dan
Sarawak;
Agenda Borneo No. 6: Mengatasi masalah pendatang tanpa izin
(PTI)/"Projek IC", permasalahannya dari menggugat integriti
persempadanan negeri Sabah dan Sarawak termasuk mengenakan seberat-berat hukuman
ke atas mereka yang mengeluarkan kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin;
Agenda Borneo No. 7: Mengkaji kehadiran agensi-agensi daripada (Pusat) di
Sabah/Sarawak yang telah menguasai hasil keluaran bidang tertentu, serta hak
milik rakyat tempatan.
Kiranya seluruh rakyat Sabah berjuang bersama-sama memastikan 7 Agenda Borneo ini dicapai.

Letak Jawatan
1. Saya meletakkan jawatan dari perkhidmatan awam berkuat kuasa pada 1 Mac 2013 setelah berkhidmat hampir 20 tahun dalam bidang pendidikan (perguruan). Meletak jawatan bererti saya melepaskan segala keistimewaan yang dinikmati oleh seorang penjawat awam di Malaysia. Tiada lagi gaji bulanan yang tetap, tiada gratiuti, tiada pencen, dan sebagainya.
2. Tindakan ini merupakan satu pengorbanan yang amat besar. Mendedahkan diri saya dan keluarga kepada risiko dan krisis yang besar kerana sesudah ini perjalanan pengembaraan yang berliku, saya sedar tindakan ini penuh ranjau.
3. Kenapakah saya melakukan tindakan ini? Dilakukan dengan iman, saya meyakini tindakan ini berasaskan panggilan Tuhan untuk saya menceburi bidang kerjaya yang baru yang penuh mencabar. Asasnya perjuangan yang tulen untuk menuntut hak Sabah dan rakyatnya seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perkara 20. Ia dirumuskan dalam 7 perjuangan Agenda Borneo.

Subscribe to:
Posts (Atom)