Setiap parti politik mempunyai ideologi masing-masing. Ideologi ini diketengahkan dan ditawarkan kepada rakyat untuk dinilai dengan harapan mendapat sokongan. Rakyat seharusnya mengetahui dengan jelas ideologi parti yang disokongnya atau yang bakal disokongnya. Hal ini demikian kerana, ideologi itu berfungsi sebagai pemersatu tindakan dan hala tuju pembangunan fizikal dan pembangunan insan yang lebih baik.
2. Setiap ideologi ada perjuangannya. Perjuangan itulah yang akan menentukan sama ada ideologi itu tercapai ataupun sebaliknya. Rakyat Sabah seharusnya mengetahui dengan jelas perjuangan mereka kerana hanya dengan perjuangan itulah setiap langkah dan tindakan akan dapat digerakkan dengan baik dan berkesan.
3. Perjuangan yang murni dan berguna mestilah berasaskan fakta dan kebenaran. Dalam konteks perjuangan politik, fakta dan kebenaran itu pula seharusnya berteraskan kepada sejarah. Sesuatu fakta sejarah wajib didedahkan dan bukannya disembunyikan. Malangnya, rakyat Sabah tidak mendapat ilmu sejarah sepenuhnya. Hal ini berlaku kerana banyak fakta sejarah Sabah yang tidak didedahkan. Pada masa yang sama, sejarah Malaysia yang ditulis pula tidak menyeluruh dan ada pula yang sengaja direka untuk membenam kebenaran mengenai Sabah.
Ilustrasi: Gambar diambil dari Google |
5. Rakyat Sabah dan Malaysia seluruhnya, seharusnya matang dalam membuat penilaian dengan
sepenuhnya. Penilaian yang benar dan tepat hanya boleh dilakukan
seandainya maklumat yang diperoleh mencukupi. Dalam konteks PRU13 ini, peluang terbuka untuk seluruh rakyat Sabah telah terbuka untuk menuntut hak mereka kerana Sabah dan Sarawak benar-benar diperlukan untuk menubuhkan kerajaan baru di Putrajaya.
6. Sememangnya, setiap parti politik yang berdaftar boleh bertanding dalam PRU. Itulah sebabnya, sebelum mengundi, para pemimpin parti dan penyokongnya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat sokongan daripada rakyat dengan harapan rakyat akan mengundi parti masing-masing. Tentu saja pelbagai cara digunakan untuk menarik sokongan pengundi. Parti-parti politik yang bertanding akan bersaing antara satu sama lain untuk mendapat sokongan.
7. Dalam PRU13 ini, seharusnya rakyat Sabah mengambil peluang ini untuk menyokong perjuangan menuntut hak mereka melalui undi. Undilah yang menentukan suara mereka. Undilah yang menentukan sama ada rakyat Sabah mendapat hak mereka atau sebaliknya.
8. Dalam hubungan ini, rakyat Sabah wajar dan perlu berjuang untuk mencapai Agenda Borneo yang diperjuangkan oleh parti-parti lokal di Sabah, khususnya parti STAR demi kebaikan Sabah dan rakyatnya.