Berikut ini saya nyatakan 7 Agenda Borneo yang diperjuangkan:
Agenda Borneo No. 1: Menuntut supaya Kerajaan Persekutuan mewujudkan
"mekanisme mematuhi Perjanjian Malaysia 1963" dibentuk melalui
Kementerian atau Perbadanan untuk mencapai matlamat dan tuntutan utama seperti
yang terkandung di dalam Perkara VIII Perjanjian Malaysia 1963; serta
memulihkan status rakan kongsi negeri Sabah dan Sarawak setaraf dengan Malaya
di dalam Persekutuan termasuk hak-hak dan hak-hak istimewa dan peranan Sabah
dan Sarawak dalam kuasa kewarganegaraan, kuasa pendaftaran dan kuasa imigrasi;
Agenda Borneo No. 2: Menuntut supaya formula pengagihan hasil yang
seimbang dan adil termasuk mengkaji semula peratus hasil daripada minyak mentah
dan juga penempatan perwakilan yang lebih adil dalam Parlimen/Kabinet
Persekutuan/Perundangan dan perkhidmatan tadbir dan diplomatik;
Agenda Borneo No. 3: Menuntut supaya dihormati pelaksanaan hak-hak
penduduk asli (Native Rights) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan;
Agenda Borneo No. 4: Menuntut supaya Dasar Cabotaj/Pengangkutan/Perdagangan
yang mempunyai impak negatif ke atas negeri-negeri Borneo, dimansuhkan;
Agenda Borneo No. 5: Menuntut supaya fokus pembangunan ekonomi dialihkan
supaya lebih menjurus kepada Sabah dan Sarawak termasuk mengurangkan jurang
ekonomi dan digital di antara Malaya dan negeri-negeri Borneo Sabah dan
Sarawak;
Agenda Borneo No. 6: Mengatasi masalah pendatang tanpa izin
(PTI)/"Projek IC", permasalahannya dari menggugat integriti
persempadanan negeri Sabah dan Sarawak termasuk mengenakan seberat-berat hukuman
ke atas mereka yang mengeluarkan kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin;
Agenda Borneo No. 7: Mengkaji kehadiran agensi-agensi daripada (Pusat) di
Sabah/Sarawak yang telah menguasai hasil keluaran bidang tertentu, serta hak
milik rakyat tempatan.
Kiranya seluruh rakyat Sabah berjuang bersama-sama memastikan 7 Agenda Borneo ini dicapai.
Kiranya seluruh rakyat Sabah berjuang bersama-sama memastikan 7 Agenda Borneo ini dicapai.
No comments:
Post a Comment