Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga N5 Tandek yang telah menunaikan tanggungjawab mereka dalam PRU 2013 pada 5 Mei yang lepas.
2. Terima kasih kepada semua pengundi seramai 2,668 yang telah mengundi saya dan perjuangan murni ini. Anda merupakan pejuang. Sokongan ini bukan sedikit dan sangat mengujakan saya. Ia merupakan satu gerakan yang luar biasa kerana sokongan yang padu yang ditunjukkan rakyat di N5 Tandek kepada saya walaupun baru bermula. Saya akan terus berperanan. Lima tahun bukanlah tempoh yang lama.
3. Saya akan terus berjuang demi memastikan keadilan untuk Sabah dan autonomi sepenuhnya dapat kita capai. Inilah teras Perjanjian Malaysia 1963, Perkara 20, IGC, dan Suruhanjaya Cobbold. Ia perlu dipatuhi serta reformasi institusi di Sabah dilakukan. Saya akan terus terlibat dalam pembangunaan komuniti dalam apa jua kapasiti saya. Saya sudah berkorban demi rakyat dengan meletak jawatan dalam perkhidmatan awam bermula pada 1 Mac 2013 yang lepas. Pengorbanan ini akan terus diisi dengan berkhidmat kepada rakyat dengan sebaik-baiknya.
4. Saya akan menulis buku berkaitan dengan PRU 2013 dan perjuangan saya. Saya akan singkapkan perjalanan politik saya yang baru bermula ini. Banyak perkara yang perlu dikongsikan. Nantikan kemunculannya.
5. Dalam kesempatan ini, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB Anita Baranting dan YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus J. Ongkili yang masing-masing memenangi kerusi N5 Tandek dan P168 Kota Marudu. Perbezaan ideologi politik tidak seharusnya membataskan peranan kita dalam membawa kebaikan kepada rakyat. Sokongan undi yang diberikan oleh rakyat menunjukkan amanah yang perlu ditunaikan. Manifesto yang dijanjikan perlu ditunaikan sebaik-baiknya.
6. Secara peribadi, saya akan terus berperanan dalam membawa perubahan kepada rakyat, khususnya di N5 Tandek dan P168 Kota Marudu. Di mana yang perlu, peranan itu harus dizahirkan melalui pelbagai penglibatan dan tanggungjawab yang diberikan. Saya bersedia menunaikannya. Alangkah baiknya jika model politik negara maju seperti di Amerika dapat kita terapkan di tempat kita. Misalnya, persaingan Barack Obama dengan Hilary Clinton dalam merebut Presiden Amerika yang menyaksikan kemenangan Obama, namun Hilary Clinton diberi peranan yang amat besar sebagai Setiausaha Negara Amerika. Mari kita terus berperanan.

No comments:
Post a Comment