TANDEK: Pada hari ini, 18 Mei 2013, iaitu 14 hari selepas PRU 2013, saya memulakan siri lawatan ke kampung-kampung di N5 Tandek. Misi saya adalah untuk menjangkau setiap kampung di N5 Tandek ini dalam tempoh 12 bulan. Dilakukan secara santai dan tidak formal, saya akan berkunjung ke kampung yang dikenal pasti melalui orang tertentu di kampung berkenaan.
Objektif Lawatan
1. Mewujudkan jaringan sosial dan ekonomi
2. Melihat potensi ekonomi yang boleh dibangunkan di setiap kampung yang dilawat
3. Memberi motivasi dan inspirasi kepada masyarakat kampung untuk berdikari dan bermandiri.
4. Mendengar perkongsian orang kampung.
Perbincangan santai |
Siri 1 Lawatan Program Pembangunan Komuniti ini melibatkan Kg. Rasak. Tanah pamah di kampung ini subur. Kelapa sawit dan sawah padi adalah tanaman utama di sini. Namun, masih luas tanah yang belum diusahakan. Hasil pemerhatian kesesuaian penggunaan tanah di sini, didapati tanaman kontan boleh ditanam secara komersil, antaranya:
a. Tebu
b. Kacang tanah
c. Pisang
c. Jagung
Beberapa isu telah dibangkitkan oleh orang kampung khusus untuk mencapai hasrat menanam tanaman kontan yang dicadangkan. Ini termasuklah:
a. Modal
b. Pemasaran
c. Cara pelaksanaan program
Selain itu, sebagai tambahan, dibangkitkan juga isu berkaitan dengan subsidi penanaman padi huma kerana padi sawah sudah ada subsidi.
Di tepi jalan menuju ke Pekan Tandek, iaitu di Kg. Rasak Darat ini, sesuai pula dibina gerai yang menjual produk kraftangan dan produk berasaskan tanaman kontan yang dicadangkan. Lokasinya strategik kerana berhampiran dengan bangunan SMK Bandau yang sedang dibina, selain berada di tengah jalan ke Kota Marudu, Tandek, Pitas, Sandakan. Produk seni budaya boleh juga dibangunkan di sini.
No comments:
Post a Comment