Thursday, May 16, 2013

Saya Tetap Guru


Dengan penuh kesyukuran dan kerinduan, saya ingin menyatakan bahawa saya tetap guru walaupun telah meletakkan jawatan sebagai penjawat awam yang berkhidmat sebagai Guru. Hari ini, 16 Mei, merupakan hari penghargaan dan penghormatan kepada Guru.

2. Sebagai pendidik, saya tetap guru kepada diri, keluarga, dan masyarakat. Saya akan berusaha sedaya-upaya untuk menjadi teladan dalam konteks apa pun yang saya lakukan.

3. Menjadi guru, tidak bererti anda hanya berada di dalam kelas untuk mengajar murid yang dahagakan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan nilai. Menjadi guru bererti anda menjadi pejuang, pemberkat, perahmat dan pendidik dalam bidang yang anda ceburi.

4. Jadilah guru dalam erti kata yang sebenar. Selamat Hari Guru kepada semua.

"Terima kasih, Cikgu."

No comments:

Post a Comment