Manifesto merupakan gagasan yang ingin dicapai oleh calon. Sebagai pejuang dan calon STAR bagi kawasan DUN N5 Tandek, saya akan melaksanakan Manifesto Induk STAR seperti yang telah dimaklumkan. Sebagai tambahan, saya juga mempunyai manifesto sendiri. Berikut ini saya kemukakan Manifesto saya untuk diteliti dan diberikan pandangan.
VISI
N5 Tandek yang Progresif, Adil, Seimbang, dan Berdaya Maju
MISI
Pulihkan Hak, Selesaikan Masalah, dan Majukan Tandek.
MATLAMAT
- Memenangi kerusi N5 Tandek
- Memperjuangkan hak-hak rakyat dan autonomi Sabah
- Mengembalikan keyakinan rakyat
- Melaksanakan pembaharuan, menyelesaikan masalah dan membangunkan Tandek
NILAI STRATEGIK
i-TANDEK
I: inovatif /intelektual
T: Telus dan Tulus
A: Amanah
N: Nilai Urus Tadbir yang Baik
D: Demokratik
E: Efektif dan Efisien
K: Kebertanggungjawaban.
TERAS STRATEGIK
- Membina masyarakat Tandek yang inovatif dan berintelektual.
- Mengupayakan masyarakat Tandek untuk bertindak secara telus dan tulus.
- Menyuburkan nilai amanah atau integriti dalam diri setiap warga supaya lahir masyarakat yang mementingkan kejujuran, keikhlasan, dan kebertanggungjawaban.
- Mewibawakan warga Tandek dengan urus tadbir yang baik di setiap organisasi dan institusi dengan penekanan kepada sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berstandard.
- Memekarkan nilai-nilai demokratik dalam kalangan warga Tandek tanpa mengira latar belakang agama, kaum, dan budaya
- Melonjakkan budaya dan etika kerja berteraskan kecemerlangan, usaha, dan merit, iaitu mewujudkan bangsa yang berorientasikan kecekapan, dan keberkesanan.
- Memperkasakan nilai dan semangat kebertanggungjawaban dalam setiap warga Tandek.
FOKUS TINDAKAN STRATEGIK
PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN
- Memohon supaya Tandek dijadikan sebagai Daerah Kecil
- Mewujudkan pusat khidmat sehenti di N5 Tandek bagi mendengar dan menangani isu dan masalah yang dihadapi oleh rakyat di N5 Tandek.
- Menuntut kepada kerajaan supaya kawasan pilihan raya (dahulunya N6 Langkon) diwujudkan semula.
- Mencari penyelesaian dan melaksanakan penambahbaikan jalan raya yang sempit dan sesak khususnya di kawasan Pekan Kota Marudu.
- Melaksanakan reformasi bagi memilih keanggotaan Ahli Majlis Daerah Kota Marudu melibatkan pelbagai lapisan kepimpinan dan profesional
EKONOMI
- Menubuhkan Program Pengupayaan Ekonomi Rakyat (PPER) mengikut potensi ekonomi di lima zon iaitu Zon Utara, Tengah, Barat, Timur, dan Selatan dalam usaha meningkatkan keupayaan rakyat dalam kegiatan ekonomi.
- Menggalakkan pelaburan dalam bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan membangunkan tanah rakyat dalam pertanian tanaman kontan, getah, kelapa sawit, kelapa, dan lain-lain
- Mengenal pasti dan menggalakkan pembinaan pusat-pusat pelancongan baru dan menaik taraf pusat pelancongan sedia ada;
- Mengusulkan kepada kerajaan untuk mewujudkan pelabuhan Kastam di Kota Marudu dalam usaha untuk melonjakkan kegiatan ekonomi.
SOSIAL
- Sejajar dengan kedudukan bangsa Kimaragang sebagai bangsa majoriti di N5 Tandek, maka landmark Kimaragang dan masyarakat pelbagai kaum yang lain di N5 Tandek akan diwujud dan dipromosikan;
- Mewujudkan Pusat Ilmu Komuniti dan menaiktaraf Perpustakaan yang sedia ada – dalam usaha meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat.
- Menyalurkan bantuan kepada badan-badan agama, orang kurang upaya, warga emas, dan orang yang memerlukan sesuai dengan polisi Kerajaan STAR.
- Memastikan syarat-syarat perlindungan alam sekitar seperti mana yang ditetapkan dalam undang-undang sedia ada dipatuhi.
- Menambahbaik kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih, dan kemudahan elektrik.
- Menyelesaikan masalah permohonan tanah berdasarkan polisi tanah Kerajaan STAR.
TEKNOLOGI, INFORMASI, KOMUNIKASI, BELIA
- Memperkasa produk dan perkhidmatan berasaskan ICT
- Mewujudkan Young Traders Market di peringkat N5 Tandek sejajar dengan Manifesto Induk STAR
- Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia dalam usaha untuk meningkatkan pembangunan belia yang dinamik dan maju.
AKADEMIK
- Bekerjasama dengan pelbagai institusi dan organisasi pendidikan untuk memaju bidang pendidikan di N5 Tandek melalui penubuhan kolej komuniti, kolej swasta / kolej awam;
- Mewujudkan dana pendidikan Rakyat Tandek
PELAN TINDAKAN (12 BULAN) YANG PERTAMA SELEPAS DIPILIH)
Pelan tindakan untuk memastikan manifesto mula dilaksanakan
- Menubuhkan Majlis penasihat / think tank yang dianggotai pemimpin veteran, pemimpin masyarakat dan agama, golongan professional untuk meneliti pelbagai isu dan masalah serta polisi yang kurang berkesan dan mencadangkan penyelesaian
- Menubuhkan dan mengaktifkan pangkalan data komunikasi untuk menggalakkan penglibatan NGO, pemimpin masyarakat, ahli perniagaan, dan komuniti keseluruhannya dalam membawa perubahan kepada N5 Tandek.
- Melawat ke semua kampung di kawasan N5 Tandek untuk mendengar isu dan masalah rakyat dalam usaha untuk mendapatkan input bagi merangka pelan pembangunan (blueprint) 5-10 tahun N5 Tandek yang lebih menyeluruh.
- Menubuhkan Program Pengupayaan Ekonomi Rakyat (PPER) di 5 zon.
Untuk mengetahui latar belakang saya secara ringkas dan padat, berikut saya nyatakan biodata saya:
Tarikh Lahir: 25 Ogos 1967
Tempat Lahir: Kg. Longob, Kota Marudu
Status: Berkahwin ( 4 orang anak).
Kelulusan Akademik
- Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Pendidikan (UMS, 2002).
- Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam dengan kepujian (UUM, 1991).
- Diploma Pendidikan dalam bidang Pengajaran Bahasa Melayu dan Sejarah (Maktab Gaya, 1996).
Pengalaman Perkhidmatan
- Guru Sandaran Siswazah Tidak Terlatih selama 3 tahun setengah (1992-1995);
- Guru Siswazah Terlatih selama 6 tahun (1996-2002);
- Penolong Pengarah Pelajaran di Jabatan Pelajaran Sabah (Sektor Pengurusan Akademik dan Sektor Jaminan Kualiti) selama lebih 10 tahun (2002-2012); dan
- Penolong Kanan Pentadbiran (1 Mac 2012- 28 Februari 2013).
- Sebagai pemimpin NGO, beliau terlibat dalam pelbagai kegiatan, antaranya sebagai penceramah, pembentang kertas kerja, kolumnis surat khabar dan menulis beberapa buah buku;
- Kini menerajui Kelab Penulis Kadazandusun Murut (Penulis KDM).
Mengamalkan Kod Etika
- Memperkukuh dan mengamalkan etika dan integriti pada tahap yang tertinggi.
- Komited kepada agenda rakyat.
- Berjiwa rakyat dan mendahulukan rakyat
- Melaksanakan keadilan sosial tanpa mengira kaum, agama, dan bahasa.
No comments:
Post a Comment