Saturday, March 16, 2013

STAR Pilihan Rakyat Kg. Popok

En. Philip KK Anun menyerahkan borang keahlian STAR
Seramai 130 orang ahli BN dari Kg. Popok Laut, Tandek Kota Marudu yang diketuai oleh Philip KK Anun, dari Kg. Popok menyerahkan borang keahlian STAR kepada En. Jebon Janaun, Penyelaras STAR N5 Tandek,  pada 12 Mac 2013.

2. Dalam ucapan ringkas Sdr. Philip menyatakan kemasukan beramai-ramai ahli BN yang diketuainya itu ke dalam STAR kerana STAR adalah parti yang benar-benar memperjuangkan hak Sabah dan rakyatnya. Rakyat di Kg. Popok Laut telah hilang keyakinan kepada BN dalam membela nasib rakyat. Walaupun mereka merupakan penyokong tegar BN selama bertahun-tahun, namun mereka tidak dipedulikan.


3. Kawasan ini sering dilanda banjir, terutama ketika musim tengkujuh. Menurut En. Philip, mereka pernah memohon untuk mendapatkan perahu dan engin untuk kegunaan mereka semasa banjir daripada pihak yang berkenaan namun tidak dipedulikan.

4. Sebelum majlis penyerahan borang keahlian STAR itu, saya telah mengadakan BTP - ceramah kesedaran hak rakyat Sabah, sejarah pembentukan Malaysia, kedudukan Sabah pada masa ini, dan masa depan generasi dan rakyat Sabah.

No comments:

Post a Comment