Monday, May 20, 2013

Penipuan dalam Pilihan Raya


Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia mengamalkan sistem pilihan rayanya yang tersendiri yang dikendalikan oleh badan bebas yang dinamakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dilihat dari segi sistem, sebenarnya sistem pilihan raya kita memang digubal dengan baik, lengkap, dan menyeluruh selaras dengan prinsip-prinsip demokrasi yang kita amalkan. Ia juga adil dan saksama yang boleh diterima oleh semua parti atau pihak yang bertanding dalam pilihan raya.

2. Pengalaman SPR melaksanakan pilihan raya di Malaysia bukanlah baru. Di peringkat Parlimen, misalnya, SPR sudah mengadakan 13 kali pilihan raya. Ini bererti sistem tersebut sudah 13 kali dilaksanakan dan kerana itu ia sentiasa dinilai dan ditambah baik dari semasa ke semasa untuk memastikan keadilan dan kebenaran tetap terpelihara.

3. Tetapi, saya percaya, isu yang kita depani sekarang ini bukanlah isu sistem pilihan raya kita, tetapi orang yang melaksanakan sistem itu, iaitu orang-orang SPR itu sendiri.   Ini pula tidak menyeluruh tetapi sebaliknya hanya segelintir orang yang terlibat. Sudah tentu dakwaan ini memerlukan bukti kerana tanpa bukti yang kukuh dan sahih, dakwaan itu boleh dianggap sebagai suatu "pembunuhan karakter" dengan mempersoalkan integriti seseorang. 

4. Kata-kata Sdr Marcus Shapie yang memberi komen terhadap salah satu pos saya dalam FB, ada benarnya. Katanya, "Pada hemat saya, proses pemilihan SPR itu sudah cantik. Modus operandinya sudah betul-betul adil dan saksama. Namun demikian, saya tidak menolak kemungkinan [adanya] operasi pelencongan dari sistem oleh 'orang-orang tertentu', di 'kawasan-kawasan terpilih', pada 'masa-masa yang sesuai', dan 'pencerobohan keselamatan undi pos dan undi awal'... jika matlamat [itu adalah] untuk memenangkan sesuatu pihak secara terdesak. Saya percaya dalam politik ia menghalalkan cara walau tindakan itu haram dan menyalahi etika dan dogma keadilan dalam demokrasi."

5. Keraguan dan ketidakyakinan kita terhadap segelintir pelaksana sistem pilihan raya kita memang berasas kerana bagaimana mungkin kita berasa yakin akan integriti pelaksana SPR bahawa mereka itu tidak bias, telus, bersih, dan adil, sedangkan ada antara mereka yang menjadi ahli parti politik, khususnya UMNO yang mempunyai anutan politik yang berbeza dengan lawan mereka?


6. Tegasnya, isu kita ialah penipuan yang didakwa berlaku di beberapa kawasan sehingga kawasan yang didakwa itu menyumbang kepada kemenangan BN. Kemenangan itu telah membolehkan BN membentuk kerajaan di Putrajaya walaupun majoriti rakyat (yang dilihat melalui undi individu atau undi popular) menolak BN. Dakwaan ini perlu dibuktikan. Walaupun PR telah mengenal pasti 27 kerusi Parlimen yang ada unsur-unsur penipuan, proses undang-undang perlu dipatuhi. Dakwaan wujudnya penipuan itu perlu dibuktikan di mahkamah kerana kita ada undang-undang. Mahkamah kita perlu telus, adil, dan bersih. 

7. Sesungguhnya, seperti yang saya katakan dalam salah satu entri blog saya yang berjudul Suara Rakyat Suara Keramat, saya menyatakan bahawa, "Kerajaan yang dibina atas penipuan perlu ditentang habis-habisan." Ini merupakan nilai sejagat. Nilai ini perlu kita perjuangkan kerana ia membawa faedah kepada sesiapa saja tanpa mengira kepercayaan atau ideologi politik. Siapa juga kerajaan, jika ia dibina atas penipuan, perlu ditentang habis-habisan kerana ia akan membawa kesan negatif kepada keseluruhan rakyat dan negara. Keadilan dan kebenaran perlu ditegakkan. Negara hancur jika kerajaannya dibina atas penipuan. Kiranya negara kita tidak hancur. Kiranya kerajaan kita bukan dibina atas penipuan.  


Sunday, May 19, 2013

Exempt Sabah Sarawak from GST - Jeffrey


Kota Kinabalu:  “The people of Sabah and Sarawak should be exempted from the Goods and Services Tax (GST) that appears imminently to be implemented by the BN Federal government at any time”said DatukDr. Jeffrey Kitingan, STAR Sabah Chief, in a press statement released today.

Foremost, the PM need to practise what he says and start implementing his transparency programs by stop “testing the people” by using mouthpieces for feedbacks on the intended GST implementation.   

The BN government should stop beating round the bush and just plainly say that it needs to raise another RM27 billion from GST, which is the equivalent to about RM1,000 per person per year, to cover the ballooning national debt which have been increased partly by the various Santa Clause programs to fish for votes in the recent general elections.

The BN government should not treat the people as fools anymore. People can understand the need to increase revenue to cover the national debt but whether the need to tax and burden the people is another matter all together. The government should pay attention to reduction of economic leakages and to wipe out corruption which is probably the biggest cause for any unjustified increase in the national debt.

As for the GST itself, the federal government should exempt Sabah and Sarawak from its implementation.    The GST will burden Sabahans and Sarawakians who are already poor.

Sabah and Sarawak are more than justified in being exempted from the GST implementation.

Firstly, Sabah and Sarawak, both with riches and wealth have been robbed and are now suffering from being made the two poorest states in Malaysia. In 2012, RM17.88 billion in oil revenue were siphoned by Petronas from Sabah and another RM35 billion from Sarawak.  Sabah lost another RM24 billion in federal taxes and revenues collected from the state.

Secondly, the crippling cabotage policy is not only increasing the living costs of Sabahans but is stifling Sabah’s economy and making Sabah an uncompetitive investment destination.  Thus, depriving our youths of further job opportunities.

If the PM is serious with his “Rakyat Didahulukan” slogan, the PM should immediately abolish the cabotage policy.  There is no two way with it.   Yet, the federal and state governments are deaf to the pleas of the people to have the cabotage policy abolished.

Thirdly, rural Sabahans and Sarawakians have low household incomes and this is even made worse by the federal government’s minimum salary level which has fixed a lower minimum of RM900 for Sabah and Sarawak and discriminates against them compared to West Malaysians with a threshold level of RM1,000.

Last but not least, instead of imposing the GST on Sabah and Sarawak, the PM should stop the marginalization of Sabahans and Sarawakians and implement programs in both states to increase the income levels and improve their livelihoods, consistent with his “Rakyat DiDahulukan” slogan.

If the PM fails to exempt Sabah and Sarawak from the GST implementation, he should be wary of the consequences of being the last Umno Prime Minister.

The people in Sabah and Sarawak have awoken to the concept of Sabah and Sarawak being the kingmakers and can topple the BN federal government at any time.   This “kingmaker” role and leverage can be seen in the increased composition of Sabah and Sarawak lawmakers in the new Cabinet and demands for more.

“I will personally be meeting further with Sabah and Sarawak leaders and work on bringing this kingmaker role to the next level. We need to work towards the restoration of our rights and autonomy if it means toppling the current BN regime” concluded Dr. Jeffrey.

Datuk Dr. Jeffrey  Kitingan
Chairman STAR Sabah
19 May 2013

Suara Rakyat Suara Keramat


Suara rakyat suara keramat
Pilihan rakyat perlu dihormat

Suara rakyat suara keramat

Penipuan pilihan raya tetap digugat

Rakyat bersuara tanda semangat

Mandat rakyat perlu diangkat

Kota Marudu 

19 Mei 2013


Puisi singkat berjudul "Suara Rakyat Suara Keramat" ini didedikasikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menunaikan tanggungjawab mereka mengundi untuk menentukan kerajaan baru. Keputusan PRU 2013 telah pun diumumkan dengan 133 kerusi dimenangi oleh Barisan Nasional (BN), sementara Pakatan Rakyat (PR) pula mendapat 89 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Ini bermakna terdapat perbezaan 44 kerusi yang dimenangi oleh BN.

2. PRU 13 didakwa dipenuhi dengan pelbagai penipuan dan penyelewengan. Ini termasuklah dakwaan bahawa terdapat pengendalian PRU oleh pegawai dan kakitangan SPR di beberapa kawasan yang tidak telus dan bebas. Dengan kata lain pelaksanaan PRU-13 adalah tidak bersih, adil, dan bebas. Bahkan, penggunaan politik wang atau rasuah untuk membeli undi dilakukan dengan berleluasa (sekalipun sukar dibuktikan).

3. Sebanyak 27 kerusi telah dikenal pasti oleh PR yang didakwa terlibat dalam penipuan dan PR akan mengemukakan petisyen pilihan raya mencabar keputusan tersebut. Bagi kerusi ini PR mendakwa mempunyai bukti yang kukuh dan mencukupi bahawa di kawasan itu wujudnya penipuan. Bagaimana pula di kawasan lain yang memang ada penipuan, tetapi sukar dibuktikan? 

4. Buat pertama kalinya dalam sejarah politik di negara ini, undi popular Pakatan Rakyat (sebagai pembangkang) mengatasi undi popular yang diperoleh oleh BN (sebagai pemerintah). Daripada 11,257,147 pengundi berdaftar, sejumlah 5,623,984 (49.96%) pengundi memilih PR di peringkat persekutuan berbanding 5,237,699 undi (46.53%) yang diperolehi BN. Manakala di peringkat DUN pula, daripada 505 kerusi yang dipertandingkan, PR menerima undi yang lebih tinggi berbanding BN, iaitu 4,879,699 undi  berbanding 4,513,997 undi kepada BN.

5. Dari satu segi, keputusan ini bermakna BN sebenarnya tidak mendapat mandat rakyat keseluruhan untuk membentuk  kerajaan Putrajaya kerana lebih ramai yang menyokong PR dari segi sokongan undi individu atau disebut juga sebagai undi popular. Namun, dari segi bilangan kerusi, PR kalah sebanyak 44 kerusi. Malaysia mengamalkan sistem first past the post, iaitu memilih wakil rakyat berdasarkan undi majoriti mudah bagi kerusi yang dipertandingkan.

6. Datuk Ahmad Zahid Hamidi dalam tulisannya di akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini berkata, “Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan  politik mereka.”


7. Kenyataan Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang baru dilantik sebagai  Menteri Dalam Negeri ini bongkak dan diktator sifatnya. Saya sama sekali tidak bersetuju dengan pandangan tersebut kerana kenyataan itu seolah-olah bermaksud rakyat yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya di negara ini patut berhijrah ke negara yang mengamalkan sistem single transferable vote  supaya rakyat boleh mengamalkan kepercayaan politik mereka.

8. Sesungguhnya, rakyat mempunyai hak untuk bersuara dan hak itu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Pemimpin harus mendengar suara rakyat dan rakyat diberikan ruang dan peluang untuk bersuara. Beliau sepatutnya menghormati hak tersebut. Rakyat mempunyai kuasa untuk menuntut keadilan dan mendapat keadilan yang sewajarnya.  Apabila berlaku penipuan dalam pilihan raya, maka rakyat berhak menentang penipuan itu. Rakyat sebenarnya inginkan keadilan ditegakkan di bumi Malaysia ini. Kerajaan yang dibina atas penipuan harus ditentang habis-habisan.  

9. Kita akui bahawa Malaysia mengamalkan  sistem `first past the post’ - satu sistem yang diwarisi dari United Kingdom dan kebanyakan negara Komanwel yang lain turut mengamalkannya. Sistem ini merujuk pada parti-parti politik yang bertanding di kawasan pilihan raya memilih hanya seorang wakil bagi setiap kawasan pengundian yang mengambil kira prinsip undi majoriti mudah. Memandangkan kita mengamalkan sistem tersebut, maka kita menghormati dan menerima sistem itu selagi belum diubah. 


10. Suara rakyat suara keramat merupakan suara rakyat Malaysia yang inginkan keadilan pilihan raya sepenuhnya. Kita tidak pernah berkompromi dengan penipuan pilihan raya. Isunya sekarang bukan isu undi popular Pakatan Rakyat yang melebihi BN, tetapi isu penipuan pilihan raya yang dilakukan dengan sengaja. Suara rakyat suara keramat ini  bukan mendewa-dewakan sistem single transferable vote - walaupun ada asas untuk kita bersuara demikian.  

11. Sehubungan itu, saya menggesa agar kita bersatu mendapat keadilan. Rakyat tidak harus berdiam diri dan menerima bulat-bulat keputusan yang tidak adil dan penuh dengan penipuan.  Apabila rakyat bersuara dan tidak berdiam diri bukan bermakna kita tidak boleh menerima kekalahan, tetapi rakyat bertindak menyatakan protes mereka secara aman kerana kita tidak menerima penipuan dalam pilihan raya. 

12. Di manakah moralnya sebuah kerajaan yang dibina atas penipuan? Apakah gunanya sebuah kerajaan yang dibina atas ketidaktelusan dan ketidakbenaran? Di mana kesedaran moral pemimpin itu? Ini bererti rakyat perlu bersuara dengan berani untuk mendapatkan keadilan dan kebenaran.

Nama Saya Ilham


Nama saya Ilham Johan. 

Ilustrasi: Gambar diambil dari Google
2. Saya tinggal di dunia maya. Kerja saya memberi motivasi dan inspirasi. Minat saya meneroka pelbagai kemungkinan, menjelajah pelbagai ruang, mengembara di pelbagai dimensi. Kegemaran saya membaca, berfikir, menulis, dan memberikan ceramah. Kerjaya saya memberi bimbingan, rundingan, nasihat, dan apa saja yang bermanfaat sesama insan. Pendekatan saya win-win; persaingan tanpa perselisihan; pelaksanaan strategi tanpa prasangka. Kaedah saya berunding, membuat keputusan, dan melaksanakan strategi tanpa putus asa. Produk saya berasaskan perkhidmatan dan informasi. Setiap pelanggan merupakan aset dan  menjadi keutamaan saya. 

3. Bermula dari sekarang panggil saya Ilham Johan. Saya teman anda. Jika anda mempunyai impian, mari kita bersama merealisasikannya. 

Saturday, May 18, 2013

Siri 1: Lawatan Program Pembangunan Komuniti


TANDEK: Pada hari ini, 18 Mei 2013, iaitu 14 hari selepas PRU 2013, saya memulakan siri lawatan ke kampung-kampung di N5 Tandek. Misi saya adalah untuk menjangkau setiap kampung di N5 Tandek ini dalam tempoh 12 bulan. Dilakukan secara santai dan tidak formal, saya akan berkunjung ke kampung yang dikenal pasti melalui orang tertentu di kampung berkenaan.

Objektif Lawatan
1. Mewujudkan jaringan sosial dan ekonomi
2. Melihat potensi ekonomi yang boleh dibangunkan di setiap kampung yang dilawat
3. Memberi motivasi dan inspirasi kepada masyarakat kampung untuk berdikari dan bermandiri.
4. Mendengar perkongsian orang kampung.

Perbincangan santai
Siri 1 Lawatan Program Pembangunan Komuniti ini melibatkan Kg. Rasak. Tanah pamah di kampung ini subur. Kelapa sawit dan sawah padi adalah tanaman utama di sini. Namun, masih luas tanah yang belum diusahakan. Hasil pemerhatian kesesuaian penggunaan tanah di sini, didapati tanaman kontan boleh ditanam secara komersil, antaranya:
a. Tebu
b. Kacang tanah
c. Pisang
c. Jagung

Beberapa isu telah dibangkitkan oleh orang kampung khusus untuk mencapai hasrat menanam tanaman kontan yang dicadangkan. Ini termasuklah: 
a. Modal
b. Pemasaran
c. Cara pelaksanaan program

Selain itu, sebagai tambahan, dibangkitkan juga isu berkaitan dengan subsidi penanaman padi huma kerana padi sawah sudah ada subsidi.

Di tepi jalan menuju ke Pekan Tandek, iaitu di Kg. Rasak Darat ini, sesuai pula dibina gerai yang menjual produk kraftangan dan produk berasaskan tanaman kontan yang dicadangkan. Lokasinya strategik kerana berhampiran dengan bangunan SMK Bandau yang sedang dibina, selain berada di tengah jalan ke Kota Marudu, Tandek, Pitas, Sandakan. Produk seni budaya boleh juga dibangunkan di sini.

Pilihan Raya yang Bebas dan Adil

Kita memerlukan pilihan raya yang bebas dan adil. Untuk mencapai matlamat ini, badan yang mengendalikannya mestilah bebas, adil, dan bersih. Di Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diberikan tanggungjawab untuk mengurus dan mengendalikan pilihan raya. SPR sebagai sebuah badan bebas dan berkecuali, hendaklah melaksanakan tugas, fungsi, peranan, dan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi. 

2. Sebelum PRU 2013, Bersih menuntut supaya pilihan raya di Malaysia diadakan dengan bersih, adil, dan bebas. Sesungguhnya tuntutan Bersih itu merupakan tuntutan rakyat Malaysia seluruhnya. Terdapat lapan tuntutan Bersih. Sekadar ingatan semula, saya turunkan di bawah ini Lapan Tuntutan Bersih untuk dinilai dan dipertimbangkan semula, sejauh mana tuntutan tersebut berjaya ditunaikan. Lapan tuntutan itu ialah:
  • Bersihkan senarai undi, 
  • Reformasi kepada undi pos, 
  • Gunakan dakwat kekal, 
  • Tempoh kempen minimum 21 hari, 
  • Akses media yang bebas dan adil, 
  • Kukuhkan institusi awam, 
  • Hentikan rasuah 
  • Hentikan politik kotor.
3. Daripada 8 tuntutan itu, kita boleh menilai bahawa hanya 2 sahaja (iaitu reformasi kepada undi pos dan gunakan dakwat kekal) yang nampaknya dilaksanakan. (Itu pun dakwat kekal yang digunakan tidak kekal kerana ia boleh dibersihkan dengan cepat).

4. Tentu saja pihak SPR akan mempertahankan diri daripada segala dakwaan dan tuduhan bahawa SPR tidak bebas, bersih dan adil. Soalnya, adakah SPR benar-benar badan yang bebas dan adil? Adakah pelaksana (pegawai dan kakitangan SPR) itu benar-benar bebas, bersih, dan adil? Sebagai rakyat, kita boleh membuat penilaian sewajarnya. SPR didakwa tidak bebas, adil, dan bersih dalam melaksanakan tugas mengendalikan pilihan raya sehingga terdapat unsur-unsur penipuan, khususnya dalam PRU 2013 yang baru berlalu. 

5. Di sisi undang-undang, petisyen pilihan raya boleh dikemukakan. Pihak yang berkenaan boleh mengemukakan petisyen tersebut untuk mencabar dan mempertikaikan keputusan PRU yang diumumkan SPR. Dalam konteks ini, pegawai dan kakitangan SPR harus tidak berpihak. Pegawai dan kakitangan SPR haruslah berintegriti. Hal ini demikian kerana SPR merupakan badan bebas, adil, dan bersih. 

6. Seharusnya, Kerajaan yang dibina adalah kerajaan yang adil, bertanggungjawab, amanah, dan demokratik. Jika berlaku penipuan (dalam apa pun bentuk) dalam pilihan raya, rakyat berhak  untuk menyatakan pendirian mereka dengan tegas dan utuh. Rakyat berhak untuk menuntut pilihan raya yang adil, bersih, dan bebas. Untuk merealisasikan harapan ini, rakyat perlu menggunakan saluran undang-undang. 

7. Rakyat tidak harus berdiam diri. Untuk menggerakkan kesedaran itu, pemimpin pelbagai lapisan haruslah berganding bahu dan bekerjasama untuk memimpin rakyat ke arah pilihan raya yang adil, bersih, dan bebas. Perhimpunan aman sebagai asas untuk menyatakan protes merupakan salah satu pilihan yang baik yang boleh dilakukan oleh rakyat. Ini bertujuan untuk menunjukkan solidariti pilihan raya yang adil dan bersih. 

Friday, May 17, 2013

Komitmen Berjuang

Where the willingness is great, the difficulties cannot be great.
Niccolo Machiavelli 

Salah satu daripada komen yang saya terima daripada rakan sepejabat ketika saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan ialah, "Bad decision". Kata-kata itu diungkapkannya pada 28 Februari 2013, sehari sebelum saya meletakkan jawatan pada 1 Mac 2013. 

2. Kini, sesudah 13 hari berlalunya PRU-13 yang diadakan pada 5 Mei 2013, kata-kata itu masih berkumandang di telinga saya. Berbaur dengan suara hati sendiri, kata-kata itu ternyata berkuasa memberi saya warna untuk saya palitkan dalam kamus keyakinan saya: Keputusan meletakkan jawatan untuk berkhidmat kepada rakyat bukan keputusan buruk tetapi keputusan terpuji. 

3. Saya telah membakar jambatan dan tak mungkin lagi berpatah balik semula ke pangkal jalan kerana jambatan baru telah saya bina merentangi masa depan yang belum pasti. Di mana ada kemahuan yang besar, di situ tiada kesukaran yang besar. Keyakinan ini terpahat kukuh dalam hati saya untuk melangkah dengan tabah, sabar, dan tekun.

4. Hidup saya dipenuhi mukjizat. Mendapat kemalangan maut pada 13 Ogos 1981, ketika saya berumur 14 tahun merupakan salah satu mukjizat yang luar biasa dalam hidup saya. Kemalangan maut kedua pula terjadi pada 1 Mac 2012. Di situ pun anugerah Tuhan tidak terbatas dalam hidup saya. Saya masih dibiarkan-Nya bernafas sehingga kini. Ini memberi kekuatan baru dan segar kepada saya betapa besarnya kasih Tuhan dan kasih itu tidak mungkin dirampas daripada saya. Saya akan tetap berusaha berasaskan potensi yang saya ada untuk berkhidmat, berjuang, dan melayani dengan sepenuh hati. 

5. Tekad saya adalah untuk meneruskan perjuangan dan perkhidmatan kepada rakyat dan pelanggan dengan penuh dedikasi. Komitmen berjuang ini tidak akan pudar. Kata Zig Ziglar, "It was character that got us out of bed, commitment that moved us into action, and discipline that enabled us to follow through" - amat tepat menggambarkan pendirian saya mengenai hal ini. 

6. Malah tidak lupa saya dengan kata-kata Vince Lombardi, "The quality of a person's life is in direct proportion to their commitment to excellence, regardless of their chosen field of endeavor."

7. Walaupun saya tinggalkan kerjaya perguruan saya yang saya bina hampir 20 tahun lamanya, namun saya akan membina kerjaya yang baru. Saya perlukan rangkaian untuk merealisasikan impian ini. Rangkaian perhubungan itu kini saya nantikan.  Siapa dan di manakah itu?